Rabu, 16 Disember 2015

Ribuan penyokong Kedah, S'gor juga mahu PM undur?

MALAYSIAKINI





Tun Dr Mahathir Mohamad terus mempersoalkan kenapa beliau seorang disiasat kerana ucapan dan kenyataannya dalam blog yang mendesak pengunduran perdana menteri.

Katanya, gesaan itu bukan dibuat oleh beliau seorang, sebaliknya ramai lagi, termasuk penyokong pasukan Kedah dan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

“Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis,” tulisnya dalam blog.


Beberapa gambar kain rentang mendesak pengunduran Najib dikongsi meluas di Internet.

Ia dikatakan dikatakan diambil dalam perlawanan itu, yang menyaksikan Kedah kecundang di tangan Selangor.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada gambar itu asli ataupun disunting.

Mahathir sebelum ini membangkitkan kenapa beliau seorang disiasat polis sedangkan terdapat 50,000 orang lagi dalam perhimpunan BERSIH 4 berkongsi pandangan sama dengannya.

Sementara itu, Mahahtir turut menyentuh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung parti itu ke-69 yang dianggapnya gagal menjelaskan mengenai isu 1MDB dan derman RM2.6 bilion.

Katanya, Najib juga gagal menjelaskan mengenai ekonomi negara yang kian meruncing, kejatuhan ringgit dan rungutan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mahathir turut menolak dakwaan Najib bahawa beliau merupakan seorang yang budiman (gentleman), berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.
 
“Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang gentleman yang berjiwa besar,” katanya.


Tiada ulasan: