Khamis, 17 Disember 2015

Piala Malaysia dipamer di Lobi SUK

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Penyokong pasukan Selangor berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij, Piala Malaysia yang dipamer di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak lama lagi.

Ia susulan kejayaan skuad Gergasi Merah menamatkan kemarau kemenangan Piala Malaysia sejak sedekad lalu apabila menumpaskan Kedah pada Sabtu.

Interview Datuk Khusrin SUK (9)Simbolik penyerahan dilakukan Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari kepada Datuk Mohammed Khusrin Munawi di SUK, semalam.

Trofi itu dipamer selama sebulan di SUK dan dijangka dibawa ke seluruh Selangor untuk dikongsi bersama penyokong.

Perlawanan penuh bersejarah itu menyaksikan Selangor berjaya merealisasikan “Misi 33” iaitu kejayaan ke-33 sebagai pasukan paling banyak merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Kali terakhir Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia pada 2005.

Kejayaan Selangor membawa pulang Piala Malaysia disifatkan sebagai “hadiah” buat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda ke-70.

Selangor adalah pasukan paling banyak merangkul kejuaraan itu iaitu sebanyak 33 kali, manakala Kedah hanya empat kali.EZY


Tiada ulasan: