Sabtu, 5 Disember 2015

Pemerintahan saya tak sama dengan Najib – Dr Mahathir

 
Najib mempunyai hutang RM42 bilion, dia buat syarikat sendiri dan dia jadi penasihat syarikat.


mahathir-najib


SENAWANG : Tun Dr Mahathir Mohamed menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai persamaan dengannya semasa menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sebaliknya mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh pihak terbabit.

“Apa yang Datuk Seri Najib buat dengan saya buat? Dia punya hutang RM42 bilion, dia buat syarikat sendiri. Dia jadi penasihat syarikat. Saya tak pernah buat.

“Macam mana orang boleh kata saya macam dia? Saya pun tak faham. Saya macam bapa dia, ya,” katanya pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari salah seorang penonton yang bertanyakan mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘iras-iras’ kepimpinannya dahulu.

Dr Mahathir menambah, pemerintahan Najib juga berbeza dengan bapanya iaitu Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi Perdana Menteri.

“Bapa dia utamakan pembangunan orang Melayu. Saya masa jadi Perdana Menteri saya buat jalan, saya buat sekolah, kita buat klinik. Saya buat macam-macam di kampung.

“Tapi yang Najib buat hutang duit, sembunyi duit dalam dia punya akaun sampai RM2.6 bilion. Saya tak ada. Dalam akaun saya ada lah duit sikit. Tak sama,” jelasnya.

Tiada ulasan: