Rabu, 9 Disember 2015

PAU: Polis, media nyaris bertumbuk

 
Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata "Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas".
 
 
 
polis-tumbuk_600


KUALA LUMPUR: Suasana di Perhimpunan Agung UMNO bertukar tegang apabila pengamal media ditolak, diherdik dan dikasari anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis.

Drama bermula ketika Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk ke dewan yang menempatkan persidangan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Rabu.

Perkelahian dipercayai bermula apabila segerombolan penentang Muhyiddin bertegang urat dengan penyokong pemimpin dari Johor itu.

RELA dan polis kemudiannya menolak semua yang terlibat ke tangga di tingkat empat bangunan, tetapi para pengamal media turut tertolak sama.

Pemerhatian FMT mendapati seorang jurugambar ditendang anggota RELA di tangga itu. Jurugambar itu bagaimanapun berjaya menenangkan diri.

Tidak lama kemudian, suasana kembali tegang di perkarangan pintu keluar Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) semasa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri diiring keluar seusai melawat sayap-sayap parti bersidang.

Media sekali lagi diasak oleh anggota RELA dan polis bagi membuka laluan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata “Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas.”

Pada ketika itulah beberapa anggota keselamatan berpakaian biru muda menyambar seorang jurugambar ke tepi dan mengherdik “Aku polis. Jangan cetuskan provokasi disini”.

Cubaan media untuk mengajukan soalan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu akhirnya gagal.

Sementara itu, sebaik Muhyiddin dan isteri memasuki kereta dan mahu beredar, seorang anggota polis tiba-tiba berang dan nyaris bertumbuk dengan seorang jurugambar.

Polis itu mendakwa kepalanya ditolak, namun tuduhan itu dinafikan pengamal media berkenaan.

Pergelutan tersebut berjaya diredakan orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: