Isnin, 21 Disember 2015

Pas Selangor bincang pendirian parti

Ahmad Yunus Hairi


SABAK BERNAM - Pas Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri bagi membincangkan pendirian parti itu tentang kerjasama dengan Umno demi perpaduan dan kemaslahatan Islam.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mencari kata sepakat berhubung kerjasama yang ingin dibentuk antara dua parti itu.

“Saya dimaklumkan satu atau dua hari ini, kita akan adakan mesyuarat di peringkat Pas negeri untuk kita bincangkan apa yang terbaik demi kemaslahatan Islam,” katanya.

Beliau berkata, Pas amat menyambut baik dari segi perpaduan Islam yang bukan saja dari segi politik, tetapi dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

“Kita sangat mengalu-alukan soal perpaduan Islam seperti yang dituntut dalam al-Quran. Tetapi dari soal politiknya, kita pegang kepada dasar Islam itu sendiri,” ujarnya.

Ditanya adakah hubungan Pas dan PKR mungkin terjejas dengan kerjasama itu, Ahmad Yunus berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu tetap kekal kukuh kerana dalam PKR juga mempunyai masyarakat Islam

Tiada ulasan: