Jumaat, 18 Disember 2015

Parti Bermaruah yang Memartabatkan bangsa Melayu!

sakmongkol.blogspot.my




Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu.

Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga.
Begitulah hujjah yang digunakan oleh orang UMNO. 

Tidak, orang lain tidak buat begitu. Yang buat begitu setakat ini hanya Najib seorang.

Najib kan pahlawan Bugis? Tapi bukan pahlawan Bugis yang memenangkan bendahara Wah Ahmad dalam perang saudara Pahang dalam tahun 1880an.Orang Pahang kena ingat perkara ini.

Najib jaga orang Melayu kan? Melayu itu kanak2 sepanjang zaman yang mesti dijaga. 
Untuk jaga orang Melayu mesti banyak wang sebab orang Melayu mahu sekurang2 RM50 bila mahu menyertai PAU. Dan untuk menang PRU mesti banyak wang. Kalau tidak macam mana hendak beli pengundi? Bagaimana hendak jaga Islam kalau tidak ada wang.

Jika pemikiran seperti ini menjadi keperangaian kedua orang Melayu, maka habis lah Malaysia.
Tidak mengapa duit YAPEIM hilang, ianya untuk Islam dan orang Islam. Ambilah duit banyak mana pun dari perbendaharaan, asalkan pengambil nya Melayu, untuk orang Melayu konon, untuk Islam konon.

Pemikiran anarki seperti ini jangan dijadikan budaya Melayu hari ini.

Saya telah menyebut mengenai suatu teknik lihai yang digunakan oleh mereka2 yang tidak boleh menjawab apa2 lagi. Teknik ini disebut prospective blackmailing- yakni menyatakan secara terlebih dahulu, perkara buruk yang dilakukan oleh encik x hari ini, akan dilakukan oleh encik y dimasa hadapan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik, semua orang kekal dengan encik x.  encik y , dua kali lima juga.

Apa yang saya khuatiri sudah pun berlaku. Ada seorang perwakilan berkata- biarlah Najib ambil RM2.6 billion atau lebih pun tak apa, sebab ianya untuk Melayu. Inilah pemikiran yang akan menjahanamkan bangsa Melayu apabila kemungkaran diterima sebagai satu kebiasaan. Orang seperti inilah yang akan kata- tidak mengapa pemimpn2 x, y, z tidur dengan anak2 dan isteri2 kita- demi orang Melayu!.

Bagiamana UMNO mahu membela bangsa Melayu dengan pemikiran rosak seperti ini?

Aabar dan International Petroleum Investment Company bertegas menyatakan bahawa bukan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgns Island. Mereka tidak menerima bayaran USD1.4 billion yang dikatakan dihantar oleh 1MDB. Jika mereka tidak menerima, kemanakah dihantar nya USD1.4 billion itu?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Sekarang didedahkan pula, satu unit dari 1MDB hantar USD850 juta kedalam akan sebuah syarikat yang nama nya hampir sama dengan syarikat milik AaBar, tapi bukan milik nya.

Sekali lagi, USD850 ini di hantar kemana?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Bagaimana 1MDB lalai dan cuai hantar duit kepada syarikat bukan milik Aabar yang menjamin penerbitan bon oleh 1MDB? 
Apa kaitan urusniaga kewangan 1MDB dan Aabar dengan tajuk hari ini? 

Ianya begini:  jika perkara seperti ini ketahui oleh perwakilan di PAU, yang bangsa nya Melayu, agama nya Islam, Raja nya Melayu- ada perwakilan akan kata, tidak mengapa- ambil duit tersebut kerana untuk UMNO dan Melayu!
Bolehkah parti yang 'bermaruah' tinggi seperti ini, memuliakan dan memartabatkan bangsa Melayu? 


Tiada ulasan: