Isnin, 14 Disember 2015

Orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja perlu minta maaf kepada Najib

 
Muhyiddin dan Shafei Apdal tidak perlu meminta maaf kerana mereka telah berusaha memerangi rasuah serta penyelewengan.


khairuddin-abu-hassan


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang perlu memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seharusnya meminta maaf kepada rakyat kerana tidak menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion secara komprehensif, telus, konsisten dan meyakinkan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada usaha mendesak Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kerana mengkritik Najib.

“Keseluruhan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi serta rakyat jelata kagum dengan pendirian Timbalan Presiden (Muhyiddin) dan Naib Presiden UMNO (Shafie) yang tidak akan memohon maaf terhadap Najib Tun Razak kerana tiada asas langsung untuk Tan Sri Muhyiddin serta Dato Seri Shafie Apdal berbuat demikian.

“Hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang akan memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan,” katanya dalam status terbaru di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata ahli akar umbi UMNO dan rakyat sudah tidak mempercayai cerita daripada pentadbiran Najib yang gemar membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Katanya, tindakan penyokong Najib menganggap Muhyiddin dan Shafie sebagai pengkhianat setelah berusaha memerangi penyelewengan dalam UMNO disifatkan sebagai ‘gila’.

“Namun, keseluruhan ahli-ahli UMNO akar umbi serta rakyat jelata tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!!

“Bak kata pepatah budak hingusan ‘flip flop’ Khairy Jamaluddin “enough is enough”!!,” tegasnya.

Tiada ulasan: