MSO
Berita perletakan jawatan Setya Novanto sebagai Speaker Dewan
Perwakilan Rakyat Rupblik Indonesia (DPR RI) benar-benar mengkagumkan
dan memberi petunjuk bahawa politician di negara yang pernah
dianggap rasuah sebagai suatu amalan biasa suatu waktu dulu sudah
berubah dan terkeluar dari persepsi buruk sebelum ini.
Novanto mengambil tindakan melepaskan jawatan itu setelah didapati
terbabit dalam kes memohon saham dengan menggunakan nama Presiden Joko
Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla. Perbuatan Novanto itu dianggap
melanggar etika.
Perletakan jawatan Novanto itu diterima oleh Mahkamah Kehormat Dewan
(MKD) malam tadi setelah surat perletakan jawatan itu dibaca Timbalan
Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad menerusi satu mesyurat tertutup.
Walaupun apa dilakukan Novanto itu setelah ada tekanan tetapi ia dilihat
bertanggungjawab kerana telah melakukan sesuatu untuk bangsa Indonesia
dan menjaga kehormatan Dewan Perwakilan Rakyat. Apa dilakukan Novanto
itu ternyata jauh bezanya dengan realiti di Malaysia berkaitan dengan
Najib Razak dan pengyonglapkan wang dana RM2.6 billion.
Najib yang telah mengakui menerima wang dana RM2.6 billion tetapi masih
bekeras mengakui tindakan itu benar dan tidak melanggar etika dan
dianggap masih bermoral. Walhal jelas kalau mengikut peraturan atau
undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penggunaan wang melebihi
daripada had yang ditetapkan menyalahi peraturan SPR.
Melihat tindakan berani Speaker DPR RI itu ternyata bangsa Indonesia
dalam soal menjaga kepentingan bangsa dan negara serta maruah institusi
pemerintah lebih unggul daripada apa yang berlaku di Malaysia ketika
ini.
Walaupun salah laku Najib itu dikecam oleh semua pihak di Malaysia
termasuk bekas Presiden Umno dan juga bekas PM sendiri Dr Mahathir
Mohamad, pembangkang dan lain-lain namun Najib tetap bersikap lembu
kenyang, dan masih berlindung di sebalik sokongan ahli Umno yang sudah
dibiuskan sedemikian rupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan