Ahad, 13 Disember 2015

Nelayan bantah pelan penambakan Pulau Pinang kerana hancurkan hidup mereka




Lebih 1,000 nelayan berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk membina pulau buatan manusia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 13 Disember, 2015. 
Lebih 1,000 nelayan berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk membina pulau buatan manusia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern.
 
 
Idea Kerajaan Pulau Pinang membina pulau buatan manusia di selatan pulau itu berjumlah RM27 bilion untuk Projek Penang Transport Master (PTMP) tidak mendapat sokongan daripada nelayan kawasan tersebut. 
 
 Projek yang dicadangkan menyaksikan bantahan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, seorang Adun DAP dan Adun Barisan Nasional (BN) turut dibantah lebih 1,000 nelayan.

Berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar, nelayan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan.

Mereka mewakili 14 komuniti nelayan, yang mempunyai hampir 3,000 ahli beroperasi dari Permatang Damar Laut ke Sungai Pinang di Balik Pulau. 
 
 "Tiada siapa yang bertanya kepada kita apa yang kita rasa, walaupun ini mempunyai kaitan dengan kehidupan kami," kata Datuk Chooi Sooi Kong, 70, Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul mewakili kira-kira 400 nelayan dan anak-anak kapal.

Beliau berkata, ikan yang menjadi punca rezeki nelayan berada di kawasan sehingga 3km dari pantai, dan projek yang dicadangkan adalah 1.5km dari pantai.

"Itulah yang kita dengar. Pulau ditambak di kawasan rezeki kita, di mana tempat pembiakan ikan dan udang. Projek ini beri kesan orang seperti kita yang bergantung kepada laut untuk hidup.

"Mereka harus datang dan berbincang dengan kami, jadi kami boleh memberitahu mereka bagaimana cadangan mereka memberi kesan kepada nelayan," kata Chooi.

Rakan pengedaran projek PTMP ini, SRS Consortium Sdn Bhd, mencadangkan kepada kerajaan negeri menuntut semula 2 pulau buatan manusia – 1,300 ekar (526ha) dan 2,100 ekar (850ha) masing-masing – dan mungkin juga pulau ke-3 800 ekar (323.7ha) yang berhampiran.

Nelayan di Gertak Sunggul, Teluk Kumbar sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan, kata Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul, Datuk Chooi Sooi Kong, 70. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 13 Disember, 2015.Nelayan di Gertak Sunggul, Teluk Kumbar sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan, kata Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul, Datuk Chooi Sooi Kong, 70. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pulau-pulau akan dilelong kerajaan untuk membiayai kos projek pengangkutan di bawah pelan induk itu. 
 
Bagaimanapun, kelulusan kerajaan persekutuan untuk pelan induk ini perlu, dan tanpanya, projek ini, termasuk penambakan tanah, tidak boleh diambil kira.

Nelayan di kawasan itu, menurut Chooi, sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan.

Beliau berkata, apabila jambatan itu dibina, terdapat hasil tangkapan ikan dan udang menurun sekali gus menyebabkan harga makanan laut naik.

"Anda tambak semula pulau di Selatan, anda akan memberi kesan kepada semua orang. Anda lakukannya di Utara, kesan ke atas perikanan tidak akan begitu besar kerana tangkapan lebih sedikit berbanding di sini.

"Rancangan PTMP adalah baik tetapi rancangan perlu datang tanpa beri kesan kepada kehidupan rakyat. 
Laut di selatan pulau ini sudah menjadi sumber pendapatan sekian lama kepada ramai keluarga di sini untuk generasi," kata Chooi yang bapanya juga bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan.

"Kerajaan harus mula memelihara laut di kawasan ini untuk generasi akan datang," katanya


Tiada ulasan: