Khamis, 10 Disember 2015

Najib guna UMNO untuk ‘angkat’ diri sendiri

 
Komen Dr Mahathir selepas mendengar ucapan perasmian Najib Tun Razak.


mahathir_najib_talk_600


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Naib Tun Razak tidak seharusnya mengambil kredit atas kejayaan UMNO melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya di serata dunia untuk memuji diri sendiri.

“Saya setuju dengan ucapannya (Najib) bahawa UMNO telah berjaya memajukan negara. Sehingga ada Melayu dapat menjadi doktor pakar. Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO.

“UMNO berjaya, tetapi jangan ambil kredit kejayaan UMNO seolah-olah itu kejayaan kita sendiri,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendengar majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 oleh Najib di PWTC.

Jelas Mantan Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu, beliau sendiri secara peribadi tidak pernah bertindak sedemikian.

“Saya pun tidak pernah ambil kredit,” katanya lagi.

Dr Mahathir sewaktu melangkah keluar dari Dewan Merdeka telah dikerumuni oleh penyokong-penyokongnya sambil diiringi lagu ‘Inilah Barisan Kita’.

Suasana menjadi hingar binggar hinggakan Dr Mahathir terpaksa meminta penyokongnya diam sebentar ekoran mengganggu beliau untuk bercakap dengan media.

Tiada ulasan: