Jumaat, 4 Disember 2015

Naik turun tren, poket sapu kosong

 
Saranan kerajaan menggunakan kenderaan awam demi elak kesesakan jalan, kenaikan tol, petrol yang dimansuhkan subsidi seperti tidak relevan kerana pengguna pengangkutan awam pula dilihat berbelanja lebih daripada pengguna kenderaan sendiri.
 
 
pengangkutan-awam


Naik turun komuter, kemudian bas sampai pejabat, di pejabat luang masa sembilan jam, balik naik bas, naik komuter. Sampai di rumah, bawa kereta untuk ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Jauh rumah sendiri dan pengasuh hampir 10 kilometer dan terpaksa bayar tol kerana ikut jalan pintas, terpaksa kejar masa. Sekembali di rumah, tergesa-gesa siap sedia hantar anak ke kelas tusyen, lima kilometer jauhnya.

Tunggu di pusat tusyen dua jam kerana tidak mahu ulang alik, kemudian patah balik, lima kilometer lagi.

Secara rawak, berapa agaknya si bapa atau ibu ini belanja pada masa dan tarikh sama tahun lepas dan apa pula belanjanya pada hari ini? Berapa banyak kenaikan dari segi harga pengangkutan awam dan tol dan bahan api?

Rata-rata ramai mengeluh sebaik berada di atas jalan raya, meter belanja diaktifkan, kini ia menjadi dua hingga tiga kali ganda mahalnya sehingga memakan jumlah yang signifikan daripada gaji.

Semalam, dalam perjalanan pulang dari pejabat beberapa rakan dalam rangkaian laman kelas sosial Whatsapp berkongsi isu ketidakpuasan mereka terhadap kenaikan caj pengangkutan awam.

Ada juga yang siap berkongsi gambar tiket perjalanan mereka pada dua hari berturut tetapi harga yang terpapar pada tiket amat berbeza, naik lebih 100 peratus! Clap, clap, clap!

tiket-bulanan
tiket-KTM

Link: Rasa dapat gaji untuk bayar pengangkutan awam saja – rintihan pengguna LRT, KTM

“Mana nak cari duit ni? Mesti menteri akan mencadangkan supaya warga kota mencari kerja tambahan untuk tanggani masalah kewangan, atau guna cari jalan lain (jalan kaki?) untuk elak bayar tambang tinggi, atau kenaikan dibuat untuk kebaikan rakyat dan sebagainya. Inilah jawapan klise mereka, jawapan yang sudah basi!,” keluh seorang rakan yang nampaknya tersangat marah dengan kenaikan pengangkutan awam saban hari.

“Pusing-pusing, itu sahaja jawapan yang mampu diberikan pemimpin kita. Nampak gaya juga pemimpin kita tak boleh fikir di luar daripada alasan itu, takde kreativitilah katakan,” sindir seorang lagi.

Saya juga pasti keluhan yang sama berlegar-legar dalam hati dan fikiran kebanyakan kita, khususnya pengguna pengangkutan awam yang kini berdepan dengan realiti yang semakin pahit. Sudahlah sistem pengangkutan masih berada di tahap kurang memuaskan, pengguna naik turun tren macam kena pulas kaw-kaw akibat koc terlalu sesak pada waktu kemuncak.

Mereka yang bawa anak kecil terpaksa tunggu beberapa jam sehingga keadaan reda, baru naik tren. Waktu bas pula tidak seperti yang dijanjikan, keluar masuk sesuatu kawasan sesuka hati. Sekali tiga bas berderet masuk, sekali dua tiga jam pun takde kelibat.
“Bagi perkhidmatan satu bintang tetapi caj lima bintang!”

Link: Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang

Ni, saya nak tanya sikit kepada encik menteri; Apa yang dilakukan dengan semua wang cukai dan GST yang dikutip setiap hari? Dulu encik kata, cukai, GST, pemansuhan subsidi dan segala bagai adalah untuk memastikan keselesaan rakyat, tetapi sampai ke hari ini kami langsung tak merasa selesanya. Selesanya entah berada di mana. Ni, tak termasuk janji-janji pilihanraya yang dipalsukan.

Link: Rakyat telah boleh terima GST-Ahmad Maslan

Tiada ulasan: