Rabu, 9 Disember 2015

Muhyiddin enggan jawab soalan media di PAU2015


Muhyiddin enggan jawab soalan media di PAU2015
Ketibaan Muhyiddin disambut meriah oleh penyokong beliau. –Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberi reaksi tubuh ketika ditanya mengenai statusnya dalam Umno ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, hari ini.

Beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan pihak media, ketika melalui ‎pintu di Dewan Tun Razak.

Soalan yang diajukan pihak media adalah tentang adakah beliau akan dipecat dan sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap parti.

Namun, Muhyiddin memberi isyarat angguk bagi soalan adakah beliau masih kekal sebagai timbalan presiden.

Beliau sebelum itu hadir secara mengejut di persidangan  ketiga-tiga sayap ‎parti.

Dalam pada itu, suasana agak kelam kabut, kerana pengamal media terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan respons Muhyiddin.

Namun, keadaan kembali tenang selepas Muhyiddin dan isteri menaiki keretanya.

Tiada ulasan: