Ahad, 20 Disember 2015

MIC pantau kerjasama Umno-PAS

Lu Wei Hoong


 


Presiden MIC S Subramaniam berkata beliau tidak menentang kerjasama Umno-PAS selagi tidak menjejaskan perhubungan dengan parti komponen BN yang lain.

“Ini penting.

“Kita tidak menentang sebarang kerjasama pilihan raya ada kedua-dua parti itu,” kata anggota parlimen Segamat itu kepada media di Kepong hari ini.

Beliau juga berkata, buat masa ini, MIC masih memantau keadaan.

Ditanya sama ada kerjasama itu akan menguntungkan MIC, Subramaniam berkata perkara itu memerlukan penelitian terlebih dahulu.

Isu kerjasama itu bersemarak semula selepas kedua-dua presiden parti itu – Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hadi Awang – dilihat mesra dalam sebuah acara alumni Universiti Al-Azhar minggu lepas.

Selain sama-sama terlibat merasmikan dan menyampaikan ucap utama, kedua-dua pemimpin itu juga menjadi perhatian dengan pakaian sedondon merah jambu.

Tiada ulasan: