Rabu, 16 Disember 2015

Memo staf Hospital Bahagia buat kementerian esok

Anne Muhammad 






Pekerja pembersihan Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjung Rambutan menggesa Kementerian Kesihatan menyerap mereka sebagai pekerja tetap.

Jurucakap perhimpunan itu, K Kunasekaran berkata kira-kira 150 pekerja terhimpit dengan sistem kontrak dan ada yang sudah lima kali bertukar syarikat sejak 1996.

“Cara kerja sama sahaja kalau tukar syarikat.

"Berilah pekerja ini kerja tetap kerana sekiranya mereka tukar syarikat, pampasan tidak diberikan.

“Adakah mereka menafikan hak pekerja yang harus mendapat pampasan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau antaranya mendakwa, dengan jawatan kontrak sekarang, pekerja-pekerja tidak mendapat kenaikan gaji.

Justeru memorandum bantahan mengenai perkara itu akan diserahkan esok di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada pagi esok.


Tiada ulasan: