Ahad, 13 Disember 2015

Mahu tiket bola percuma? Undi BN!

 
Jamal berkata BN mampu sediakan operasi tiket perlawanan yang telus, tanpa diskriminasi dan mencukupi.


Jamal yunus


PETALING JAYA: UMNO menjanjikan tiket perlawanan percuma jika pengundi memilih BN menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata BN boleh menangani isu tiket perlawanan bolasepak dengan lebih efektif berbanding pentadbiran tri PKR-DAP-PAS.

“Lambakan penjualan tiket secara sindiket pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini (Sabtu) membuktikan kegagalan pihak pengurusan di bawah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali dalam memenuhi hasrat para penyokong pasukan Selangor dan Kedah,” kata Jamal dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurut Jamal, Kerajaan Negeri sewajarnya mengambil langkah memastikan penjualan tiket beroperasi dengan lebih telus, dan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap para penyokong.

Beliau mendakwa, kegagalan mengambil langkah-langkah yang perlu menyebabkan penyokong Selangor dan Kedah terpaksa membeli tiket melalui sindiket.

“Harga tiket perlawanan asal yang ditetapkan berjumlah RM40 telah dinaikkan secara mendadak kepada RM150 hingga RM200.

“Para penyokong kedua-dua pasukan ini terpaksa membeli tiket menerusi sindiket setelah kecewa dengan janji pihak pengurusan yang pada asalnya menjanjikan peruntukan 30,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan pada malam ini (Sabtu),” jelas Jamal.

Katanya masalah itu dapat ditangani dengan lebih efektif jika tiket perlawanan diberikan secara percuma.

“InsyaAllah, ianya dapat direalisasi jika BN menerajui Kerajaan Negeri Selangor.”

Tiada ulasan: