Isnin, 21 Disember 2015

Laporan: Kebebasan beragama di Malaysia ‘terancam’

MALAYSIAKINI


 


Malaysia sekali lagi diberi kedudukan yang paling buruk dalam satu kajian tahunan berhubung kebebasan bersuara dan kebebasan beragama di seluruh dunia.

"Prestasi negara ini didapati semakin menurun, dengan hak asasi manusia termasuk kebebasan berfikir dan bersuara di bawah ancaman yang serius," kata Laporan Kebebasan Pemikiran 2015.

Ia memberi Malaysia penarafan paling rendah berhubung pencabulan kebebasan berfikir.

Malaysia menerima kedudukan yang sama sejak 2013, apabila sistem ranking lima peringkat pertama kali diterima pakai bagi laporan itu.

Laporan itu diterbitkan pada 10 Disember lalu oleh Kesatuan Kemanusiaan dan Etika Antarabangsa sempena hari hak asasi manusia.

Antara lain, laporan itu menyatakan bahawa murtad boleh dihukum dengan pembunuhan di beberapa negeri, dan Melayu tidak dapat mengasingkan diri mereka sebagai bukan Islam.

Selain itu, adalah haram untuk menyokong pemisahan antara agama dan negara. Agensi-agensi kerajaan pula secara terbuka meminggirkan, mengganggu, atau menghasut kebencian atau keganasan terhadap penganut bukan Islam.

Tahun ini, terdapat 30 negara yang mempunyai penarafan seperti Malaysia. Ini termasuk China, Korea Utara, Indonesia, Brunei, Nigeria, dan Swaziland.

Singapura, Kemboja dan Filipina menunjukkan prestasi terbaik di kalangan negara-negara Asean.

Tiada ulasan: