Ahad, 13 Disember 2015

Ku Nan kata Muhyiddin 'angkuh'

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap timbalan presidennya sebagai "angkuh" kerana tidak menunjukkan semangat kebersamaan ketika Datuk Seri Najib Razak menggulung perbahasannya.

“Itulah masalahnya, angkuh, nak buat macam mana," katanya.

Menurut Tengku Adnan perdana menteri telah menunjukkan bahawa apa yang dikehendakkan oleh Perhimpunan Agung Umno telah diketengahkan.

Perhimpunan Agung Umno 2015 melabuhkan tirai sebentar tadi sebaik Najib selesai menyampaikan ucapan penggulungannya dan bergerak ke pentas utama menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Muhyiddin.

Najib semasa ucapannya berkata beliau seorang berjiwa besar dan membuka hati untuk menyelesaikan kemelut dalam parti.

Najib juga berkata, beliau mahu melihat Umno bersatu semula dan gesaan itu dengan disambut sorakan perwakilan.

Bagaimanapun beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, Muhyiddin sebenarnya bangun bersama pimpinan lain ketika Najib mengumumkan beliau "berjiwa besar" terhadap pengkritiknya.

Kata sumber, Muhyiddin kemudian duduk semula ketika yang lain masih berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada presiden mereka.

Tiada ulasan: