Rabu, 9 Disember 2015

KJ nak pukul perwakilan merokok di PWTC

Shakira Buang 





Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi amaran untuk menyebat dan memukul mana-mana perwakilan khususnya anggota Pemuda jika terus merokok dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir perwakilan Umno yang bertindak merokok semasa Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy dalam sidang media selepas perbahasan pergerakan Pemuda di PWTC sebentar tadi.

Malah, menteri belia dan sukan itu berkata pihaknya juga mahu pengurusan bangunan PWTC menguatkuasakan larangan merokok itu selain meminta para perwakilan menunjukkan teladan yang baik.

"Saya harap pihak tuan punya bangunan dapat menguatkuasakan peraturan (merokok) ini.

"Jangan tunjuk teladan yang buruk," tegas anggota Parlimen Rembau itu lagi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung Umno kali ini tidak mengendahkan larangan merokok dalam PWTC.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati perkarangan PWTC dipenuhi dengan asap rokok.

Malah, para perwakilan didapati terus merokok tanpa menghiraukan papan tanda dilarang merokok.

Tiada ulasan: