Jumaat, 18 Disember 2015

Kes kehilangan Jashiah Rabu masih disiasat - Polis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, kata Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir.
 
Menurut Mohd Razip, polis telah melakukan pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan buntu.
 
"Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 November lepas," katanya dipetik Bernama.    
 
Kehilangan Jashiah memasuki hari ke-56 hari ini namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.
 
Justeru Mohd Razip meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.
 
Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
 
 

Tiada ulasan: