Sabtu, 19 Disember 2015

Kerajaan perlu amal dasar penjimatan


IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Khairil Nizam
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan diharap dapat mengamalkan dasar penjimatan menjelang tahun hadapan demi kepentingan rakyat.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, dasar itu mampu membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Dengan cara itu, katanya, rakyat mungkin tidak perlu melakukan dua pekerjaan serentak untuk menampung perbelanjaaan harian.

“Seperti yang kita lihat, memang semua perangkaan dalam Bajet 2016 adalah demi rakyat. Motonya pun bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat’. Bagaimanapun bajet tersebut melebihi perbelanjaan yang sepatutnya.

“Bajet 2016 akan ada defisit fiskal dalam 3.1 peratus atau 3.2 peratus dan ia berjumlah RM40 bilion.

Kerajaan akan berbelanja lebih daripada yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan bahawa sesetengah individu terpaksa buat dua kerja dalam satu masa untuk tampung kos sara hidup.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh harap gaji bulanan sahaja sekarang]

Beliau juga berharap supaya kerajaan lebih memandang serius terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang membebankan rakyat.

“Yang mana boleh tangguh, tangguhkanlah dahulu. Sekiranya kerajaan terpaksa berbelanja lebih, diharap ia dapat mmberi kepentingan kepada rakyat,” katanya lagi

Tiada ulasan: