Ahad, 20 Disember 2015

Kerajaan didesak istihar G25 sesat

 
Kerajaan juga didesak supaya bertindak tegas terhadap pihak yang melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


ibrahim-ali-G25


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul mendesak kerajaan supaya mengistiharkan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

Merujuk buku pembentangan usul Persidangan Agung Tahunan Ke-6 Perkasa, keputusan itu dibuat susulan terlalu banyak penyerapan fahaman sesat liberalisme dan pluralisme yang semakin berleluasa sehingga mengancam akidah umat Islam.

Kerajaan juga didesak supaya mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak melangar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Perkasa mengecam keras kebiadapan kumpulan G25 dan mendesak supaya kerajaan bertegas, mengengkang fahaman ini dengan menfatwa kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

“Persidangan kali ini turut mendesak kerajaan bertegas dan mengambil tindakan mahkamah untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang ada kepentingan,”katanya menerusi usul agama yang dibahaskan dan diluluskan pada persidangan itu.

Usul tersebut turut menyokong ketegasan pihak kerajaan dalam memerangi puak pelampau agama yang bertindak memesongkan ajaran Islam seperti ISIS, dan Jemaah Islah (JI).

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meggesa Majlis Fatwa supaya mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dibuat G25.

“Majlis Fatwa perlu siasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dibuat G25 yang bertentangan dengan agama Islam,” katanya dalam sidang media.

Kumpulan G25 baru-baru mencadangkan kerajaan memansuhkan hukuman khalwat kerana mencabuli hak asasi rakyat negara ini.

Tiada ulasan: