Ahad, 13 Disember 2015

Keputusan PT3 di Selangor tetap dikeluarkan esok

THE MALAYSIAN INSIDER

Ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015. 
Ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Walaupun negeri Selangor bercuti esok, namun keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tetap akan dikeluarkan esok, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. 
 
 Beliau berkata ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka.

"Pejabat sekolah yang terlibat dengan PT3 diarahkan supaya beroperasi, sementara yang tidak mempunyai kaitan dengan peperiksaan itu ditutup," katanya kepada Bernama.

Seramai 82,160 orang calon menduduki PT3 di Selangor tahun ini. Esok disytihar cuti peristiwa berikutan pasukan bola sepak Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia musim 2015 malam tadi. – Bernama


Tiada ulasan: