Isnin, 21 Disember 2015

Kenapa Adenan tak 'kongsi bantal' dengan Najib

MALAYSIAKINI


 


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin memuji Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kerana berani menggesa media mendedahkan penyelewengan, walaupun berlaku dalam kerajaan.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu bagaimanapun berkata pendirian Adenan itu “bermakna” kerana dibuat menjelang pilihan raya negeri yang perlu diadakan tahun depan.

Kadir (gambar) berkata, sebarang tanda “terlalu tunduk atau taksub” menyokong kepimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, yang disifatkannya bermasalah, hanya akan menjejaskan sokongan pengundi pada BN.

“Sebaliknya kalau Adenan memilih untuk tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mohd Najib, beliau mungkin akan dihukum oleh pengundi Sarawak,” katanya.

Menulis dalam blog hari ini, Kadir berkata BN Sarawak istimewa kerana dianggotai secara eksklusif oleh parti-parti anak negeri dan, dengan itu,
“kurang dicemarkan oleh politik BN pusat”.

“Ini menjadikan autonomi Sarawak dalam Persekutuan Malaysia lebih bermakna,” katanya lagi.

Adenan kelmarin berkata media tidak boleh berdiam diri daripada mendedahkan kelemahan dan penyelewengan, termasuk dalam kerajaan, supaya penyelesaiannya dapat dicari.

Bercakap dalam sebuah majlis penyampaian anugerah kewartawanan, beliau bagaimanapun mengingatkan media supaya adil dalam laporannya dan “kami akan menyokong anda”.


Tiada ulasan: