Khamis, 10 Disember 2015

Kejayaan Malaysia kerana Umno, bukan pemimpin


Kejayaan Malaysia kerana Umno, bukan pemimpin
Tun Dr Mahathir Mohamed diserbu media ketika hadir di Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Umno berjaya membangunkan negara sehingga kini.

bagaimanapun berkata kejayaan itu dicapai oleh parti Melayu itu dan bukannya pemimpin Umno.

"Saya setuju dengan ucapannya bahawa Umno yang telah berjaya majukan negara kita ini sehingga ada doktor dapat jadi pakar, itu Umno, bukan pemimpin Umno," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan Malaysia sangat memberangsangkan dalam pentadbirannya sejak 2009.

Beliau juga mengingatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kejayaan Umno itu tidak boleh dianggap sebagai kejayaan peribadi.

"Umno berjaya tapi jangan lah ambil kredit kejayaan Umno itu seolah-olah itu kejayaan kita sendiri.
"Saya pun tak pernah ambil kredit," katanya lagi.


Tiada ulasan: