Ahad, 13 Disember 2015

Kayveas persoal wang agihan kepada kaum India

Koh Jun Lin


 


Presiden Parti Progresif Penduduk (myPPP) Tan Sri M Kayveas menimbulkan persoalan tentang pengagihan peruntukan kerajaan kepada masyarakat kaum India di Malaysia.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah memperuntukkan banyak wang untuk masyarakat tersebut tetapi peruntukkan itu sentiasa disalurkan melalui orang yang sama yang digelar sebagai "artis persembahan".

"Mereka fikir mereka mewakili masyarakat India, tetapi mereka tidak mewakili kaum India. Mereka mewakili diri mereka sendiri," katanya.

"Sehinggakan kita tidak mahu untuk panggil sesiapa kerana kita tidak tahu bagaimana untuk menghubungi mereka.

"Anda panggil kumpulan ini, kumpulan itu akan marah. Anda panggil kumpulan itu, kumpulan ini marah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung tahunan parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Kayveas kelihatan keberatan untuk menjawab ketika diajukan soalan berhubung individu yang dimaksudkan dan berkata tidak mahu "cari pasal".

Sebuah parti komponen BN yang lain yang berasaskan kaum India ialah MIC. Parti itu sebelum ini menghadapi krisis kepimpinan yang telah membawa kepada perpecahan dalam parti.

Tiada ulasan: