Isnin, 21 Disember 2015

Kassim Ahmad menang kes lawan JAWI

Alyaa Alhadjri


  


Sarjana kontroversi Kassim Ahmad hari ini menang mencabar pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya asas tuduhan menghina Islam dan melanggar fatwa.

Hakim Mahkamah Rayuan Vernon Ong menyampaikan keputusan panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan Putrajaya, yang antara lain mengisytiharkan penahanan lelaki 82 tahun itu pada 26 Mac lalu tidak sah.

Ong juga berkata terdapat pindaan dibuat terhadap waran tangkap yang digunakan pada Kassim, justeru menjadikannya tidak sah dan terbatal.

Panel hakim juga berkata Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa lebih tinggi terhadap tribunal lebih rendah, termasuk Mahkamah Syariah apabila ia terkhilaf daripada aspek undang-undang.

Kassim dianugerahkan kos RM20,000.

Turut menganggotai panel itu ialah hakim Abdul Rahman Sebli dan Hasnah Mohammed.

Kassim, yang datang dari Kedah pagi ini, ditemani isteri, dua anak perempuan dan empat cucu.

Tiada ulasan: