Rabu, 16 Disember 2015

Kami tidak mahu sertai BN kata Pemuda Pas


Ir Khairil Nizam Khiruddin
Ir Khairil Nizam Khiruddin - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini menepis dakwaan parti itu akan menyertai BN seperti yang kecoh diperkatakan sejak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tali silaturahim kepada parti Islam itu ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, Pas mahu Umno menukar dasarnya dan kembali kepada Islam.

“Kita hanya akan bekerjasama untuk orang yang meletakkan Islam sebagai yg tertinggi. Itu dasar Pas dan kami konsisten dari dulu hingga kini.

“Kita tidak mahu sertai BN. Kita mahu Umno kembali kepada Islam. Tukar dasarnya kepada Islam,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tak perlu ragu terima kerjasama Umno]

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa pihaknya akan membantah penyertaan Pas dalam BN sekiranya parti itu masih meneruskan agenda pelaksanaan hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini telah mengemukakan notis bagi membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian di Parlimen mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 pada 18 Mac lalu.

RUU itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hukum syariat Islam di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Namun, Abdul Hadi tidak sempat membentangkan RUU Persendirian berkenaan pada sesi kali ini.

Tiada ulasan: