Khamis, 10 Disember 2015

'Jangan Malaysia jadi macam Kelantan'


'Jangan Malaysia jadi macam Kelantan'
Anggota Majlis Tertinggi Umno serta para perwakilan Umno melaungkan 'Hidup UMNO' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno Ke-69 hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Pemimpin tertinggi Umno diingat untuk berhenti berkelahi sesama sendiri kerana perkara itu sedang diperhatikan rakyat.

Wakil Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, kemelut yang melanda Umno perlu diselesaikan segera jika tidak mahu parti itu tewas dalam PRU akan datang.

"Kita tidak boleh bergaduh lagi, cukup. Mari damaikan pemimpin kita supaya parti kita jadi kuat.

"Orang luar sedang tengok kita," katanya sebagai pencadang usul ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menurut beliau, setiap pemimpin perlu ada sikap tolak ansur dan tidak memanjang perkara yang boleh memudaratkan parti.

Katanya, pendekatan psikologi perlu digunakan bagi mendamaikan pemimpin Umno.

Kemelut di dalam Umno tidak boleh berselindung apabila Najib menggugurkan dua orang penting parti itu, iaitu Timbalan Presidennya, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Menurut Alwi, kemelut yang melanda menyebabkan perwakilan rasa tidak selesa dan bimbang akan perjalanan persidangan itu.

"Tolonglah, jangan (berucap) di khalayak ramai. Kita datang sini berdebar pemimpin dihasut jadi macam ni.

"Jangan ada lagi, Kelantan sudah rasa, jangan Malaysia jadi macam Kelantan," katanya.



Tiada ulasan: