CAUSEWAY BAY, HONG KONG,  Penemuan kajian terbaru yang menunjukkan penggunaan e-rokok boleh menyebabkan berlakunya simptom pernafasan kronik yang dikenali sebagai penyakit ‘Pop Corn Lung’ telah diperbesar-besarkan, kata seorang pakar kardiologi terkemuka dunia.

Menurut Dr Konstantinos Farsalinos dari Universiti Patras di Greece, penemuan berkenaan diperbesarkan kerana laporan berkenaan gagal untuk menyatakan bahawa bahan kimia yang menyebabkan ‘obliterans bronkiolitis’ itu turut wujud dengan kuantiti yang banyak dalam asap rokok tembakau.

Dr Farsalinos berkata demikian merujuk kepada sebuah penerbitan dalam jurnal Perspektif Kesihatan Alam Sekitar baru-baru ini oleh penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard TH Chan yang menemui kehadiran diacetyl, asetil propionyl dan acetoin dalam 51 produk rokok yang berbeza.

Para penyelidik tersebut katanya mendapati sekurang-kurangnya satu bahan kimia dalan 92 peratus sampel dan 76 peratus daripadanya mengandungi diacetyl dan mencadangkan tindakan segera perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana terdedahnya diacetyl daripada e-rokok.

“Kami melakukan kajian yang sama tahun lepas dan mereka menggunakan contoh dari pihak kami.

“Kami mendapati tahap yang lebih tinggi pada tahun lalu daripada apa yang mereka dapati dan tahap ‘tinggi’ berkenaan adalah 100 kali lebih rendah daripada apa yang terdapat dalam asap rokok tembakau, dan mereka yang mencipta kegilaan media ini,” katanya.

Farsalinos berkata demikian ketika ditemui di luar acara Pengurangan Kemudaratan di Asia – Simposium Membangunkan Rangka Kerja Pengawalseliaan bagi E-rokok di sini, pada Khamis.

Simposium itu dianjurkan oleh kumpulan sokongan pengguna serantau, Factasia.org, di tengah-tengah perdebatan hangat mengenai potensi pengurangan kemudaratan e-rokok sebagai alternatif yang kurang berbahaya untuk perokok dewasa.

Inisiatif kumpulan berkenaan datang ketika mana kerajaan Hong Kong dan Macau sedang mempertimbangkan sepenuhnya pengharaman penjualan e-rokok, manakala pihak berkuasa di Malaysia mengumumkan mereka akan mengawal selia dan bukannya melarang, serta cadangan itu dijangka dikaji semula dan diundi oleh penggubal undang-undang pada 2016.

Dr Farsalinos juga memberitahu masih belum ada kes yang pengguna e-rokok yang telah menghidapi penyakit berkenaan yang menyebabkan keradangan dan parut ke paru-paru, dan menyukarkan pernafasan disebabkan penggunaan berpanjangan peranti berkenaan walaupun menyatakan bahawa 75 peratus daripada pengisian semula cecair vaping mengandungi bahan kimia tersebut.

Sebagai respon kepada kajian Harvard itu, Dr Farsalinos, dalam laman blognya, berkata artikel itu telah mewujudkan tanggapan yang salah dan membesar-besarkan potensi risiko diacetyl dan asetil pendedahan propionyl melalui e-rokok.

“Mereka gagal untuk menyatakan bahawa bahan kimia ini terdapat di dalam asap rokok tembakau dan melanggar prinsip toksikologi klasik bahawa jumlah yang menentukan ketoksikan dan risiko.

“Sama ada anda sihat atau tidak, merokok akan menjadi faktor risiko yang tinggi untuk menjejaskan kesihatan jika dibandingkan dengan pendedahan yang datang dari e-rokok, sekurang-kurangnya pada tahap purata daripaa apa yang ditemui dalam kajian kami dan kajian terbaru itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau merupakan penyokong kuat kepada usaha untuk mengeluarkan diacetyl dan asetil propionyl daripada e-rokok.

“Perokok perlu dimaklumkan tentang risiko daripada terus merokok berbanding risiko yang datang dari penggunaan diacetyl mengandungi e-cecair.

“Kita tidak harus lupa bahawa risiko dari menggalakkan perokok untuk menggunakan e-rokok sebagai alat berhenti merokok adalah lebih tinggi daripada risiko yang terdedah kepada diacetyl dan asetil propionyl di peringkat purata ditemui dalam kajian ini,” katanya.