Sabtu, 5 Disember 2015

Isu RM2.6b: Kerajaan tak hirau rakyat

Alyaa Azhar


 


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberikan jawapan atau penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion di parlimen dalam masa tiga minit menunjukkan bahawa kerajaan tidak prihatin dengan kebimbangan rakyat mengenainya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, isu ‘derma’ itu adalah penting dan memerlukan lebih banyak masa untuk menjelaskannya dengan baik.

"Ini menunjukkan bahawa dia tidak menghiraukan rasa tidak puas hati rakyat.

"Ia adalah satu perkara yang sangat serius, jadi dia perlu menjelaskan dengan betul, bukan dalam tiga minit," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Senawang hari ini.

Jawapan atau penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Dewan Rakyat pada Khamis lalu dianggap sebagai antiklimaks.

Pertama, bukan sahaja Najib gagal tampil bagi menjelaskan sendiri apa sebenarnya yang berlaku, tetapi tanggungjawab itu diserahkan kepada ayam tambatan barunya, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kedua, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) berkata, ahli parlimen bukan sahaja tidak dibenarkan mengemukakan sebarang soalan tetapi mereka juga tidak boleh membahaskan jawapan atau penjelasan yang diberikan.

Ketiga, Ahmad Zahid ‘menjelaskan’ semuanya mengenai dana RM2.6 bilion itu dalam masa kira-kira tiga minit.

Katanya, dana di akaun Najib itu masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang secara terbuka.

Malah, Zahid berkata siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Tiada ulasan: