Isnin, 7 Disember 2015

Isu Aurat: Jururawat sedia pertahankan diri di mahkamah

 
Naziah Sauni Samat tetap mempertahankan dakwaannya dia dipecat kerana berpakaian menutup aurat.


Naziah-Sauni-Samat


PETALING JAYA: Bekas jururawat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dipecat kerana berpakaian menutup aurat sedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Naziah Sauni Samat yang dihubungi FMT menjelaskan, walaupun diancam dengan tindakan mahkamah oleh pihak hospital berkenaan, dia tetap mempertahankan dakwaan pemecatannya kerana berpakaian menutup aurat.

“Saya dihalau daripada bertugas. Mereka halau saya daripada menyambung kerja kerana memakai stokin tangan,” katanya.

Naziah juga memberitahu, isu disiplin yang dibangkitkan pihak hospital berkenaan kemungkinan besar mengaitkan perselisihan faham antara dia dan pegawai pengurusan hospital.

“Saya terpaksa mempertahankan diri saya dan akui ada berselisih faham dengan mereka dan melawan kata-kata mereka, mungkin itu yang dimaksudkan sebagai isu disiplin.

“Salahkah kalau saya pertahankan diri? Saya bukan tak datang kerja tetapi dihalau oleh mereka (pihak hospital),” tegasnya lagi.

Naziah sebelum ini mendakwa dia diberhentikan kerja kerana memakai baju lengan panjang serta bertudung.

Manakala pihak hospital pula bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya, sebaliknya Naziah diberi surat tempoh untuk mematuhi peraturan hospital.

Pihak hospital itu juga berkata, pihaknya tetap memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

Naziah bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan.

Dia bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan yang mana menurut hospital itu masih melanggar peraturan pemakaian hospital.

Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd dalam kenyataan media pada Ahad, memaklumkan kenyataan dikeluarkan Naziah di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Pengurus Kewangan dan Sumber Manusianya, Regina Sundram dilaporkan berkata, pihaknya

Tiada ulasan: