KUALA LUMPUR: Setelah berusaha keras untuk menewaskan Kedah dan sekali
gus menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 malam Sabtu, para pemain
skuad Gergasi Merah bakal menerima habuan.
Ini dinyatakan pengurus pasukan Amirudin Shari yang berkata ia susulan
pemberian RM30,000 kepada pemain selepas berjaya membawa Selangor ke
final.
"Sasaran kita adalah untuk layak ke final. Kita letakkan ganjaran
RM30,000 jika mereka layak ke pusingan akhir. Jumaat lepas kita sudah
selesaikannya (pemberian).
"Semalam kita ada membuat permintaan kepada menteri besar (Datuk Seri
Azmin Ali). Apabila pasukan membuat pencapaian yang memberangsangkan
ini, sudah pasti menteri besar akan memberikan ganjaran, cuma amaun itu
akan diumumkan kemudian," kata Amirudin.
Selangor mengalahkan Kedah 2-0 untuk muncul juara Piala Malaysia 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan