Ahad, 20 Disember 2015

Gesa masyarakat bantu anak bongsu yang terselamat

Gesa masyarakat bantu anak bongsu yang terselamat
Anak bongsu, Mohd Hasif,9 (gambar kecil) terselamat kerana tidak mandi bersama ahli keluarganya.


SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta masyarakat untuk tampil membantu Mohd Hasif Abdul Halim, 9, yang kehilangan kesemua ahli keluarganya dalam tragedi lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam.

Mohd Hasif yang merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan Abdul Halim Samian, 44, dan Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, kehilangan ibu bapanya dan tiga kakaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dalam tragedi itu.

“Kepada adik Mohd Hasif, semoga ALLAH kurniakan kekuatan dan kemudahan untuk meneruskan hidup mendatang dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

“Saya menyeru masyarakat untuk sama-sama membantu adik Mohd Hasif agar dia dapat meneruskan kehidupan dengan baik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah 5 beranak dikebumi dalam satu liang lahad]

Abdul Hadi dalam pada itu turut mengucapkan takziah di atas kehilangan yang menimpa Mohd Hasif.
Difahamkan, kesemua jenazah selamat dikebumikan  di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di Terengganu, kira-kira 1.30 pagi tadi.

Setakat ini, ibu saudara Mohd Hasif telah menawarkan diri untuk menjaga dan membesarkannya memandangkan Mohd Hasif dikatakan akrab dengan dua lagi anak lelakinya.


Tiada ulasan: