Jumaat, 18 Disember 2015

Dr M: Kami ingin lihat Umno-PAS bergabung, tapi...

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah sekiranya Umno bergabung dengan seteru ketat politik mereka, PAS.

Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, masalahnya adalah dengan kepimpinan Umno.

"Kita suka jika Umno dan PAS bergabung tetapi masalahnya adalah kepimpinan Umno," kata Mahathir yang dipetik oleh portal The Star hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘suasana mesra’ di antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Mahathir pengkritik paling lantang Najib, sebelum ini, memberi amaran bahawa Umno bakal tumbang pada pilihan raya akan datang jika Najib kekal menerajui parti Melayu itu.

Beliau menuduh Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan banyak melakukan kesilapan khususnya berkaitan dengan isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Najib menafikan sebarang salah laku itu dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Semalam, perdana menteri dan Hadi berkongsi pentas yang sama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: