Selasa, 15 Disember 2015

Dedah kajian projek HSR Malaysia-Singapura untuk dibahas

hsr

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kementerian Pengangkutan digesa mendedah kajian kebolehlaksanaan bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura untuk diteliti dan dibahas umum.

Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berikutan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepentingan projek berkenaan kepada negara sekaligus mendorong Pakatan Harapan menolak projek terbabit kerana kurang maklumat.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan harus memberi keutamaan untuk membuka rel baru yang dapat menampung keperluan penumpang sekaligus digunakan bagi pengangkutan barang.

“Penambahan rel sebaliknya, membolehkan lebih banyak syarikat menggunakan khidmat tren untuk menghantar barang sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara,” katanya dan menambah kerugian berlaku jika kerajaan hanya menumpukan sumber keuntungan daripada penumpang.

HRS yang dijadual siap pada 2022 sedang melalui proses penyediaan tender dan penyerahan kontrak dijangka diumumkan pada 2017.

Sudah tiba masanya beliau berkata, Kementerian Pengangkutan diberi peranan lebih luas berbanding SPAD dalam memastikan sistem pengangkutan negara lebih efisyen dan sistematik.


Tiada ulasan: