Isnin, 7 Disember 2015

DBKL peruntukan RM20 juta baik pulih lima cerun

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi kos membaik pulih cerun di lima kawasan berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh, di sekitar ibu negara.
 
Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL Datuk Ir. Tan Keng Chok berkata kerja membaik pulih cerun itu melibatkan kawasan Arkib Negara, Taman Desa, Jalan Desa Sentosa, Bukit Aman dan Jalan Kasah (Medan Damansara).
 
"DBKL juga melakukan pemantauan rapi dengan kerjasama Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita baru-baru ini. 
 
Selain itu, DBKL melalui Unit Cerun Jabatan Kejuruteraan dan Pengangkutan Bandar sentiasa membuat pemantauan di kawasan cerun berkenaan termasuk mengambil kira laporan dan aduan penduduk setempat, katanya.
 
"Jika tanah runtuh tersebut berlaku di tanah persendirian, DBKL akan keluarkan notis manakala bagi tanah milik kerajaan, ia akan dibaik pulih dengan segera," katanya.
 
 

Tiada ulasan: