Sabtu, 12 Disember 2015

Bila saya kata Umno sesat?, tanya Hadi

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS dalam membina sebuah negara mengikut syariat Islam selepas beberapa pemimpin PAS memberi kenyataan keras terhadap perkara itu. 
 
Beliau bagaimanapun nafi menuduh Umno sebagai “sesat” apabila meminta parti itu kembali kepada Islam dalam perjuangannya dua hari lalu.
 
“Bila saya kata (Umno sesat), bila saya kata Umno sesat?” kata Hadi hari ini apabila ditemui selepas mesyuarat parti mengenai pilihan raya negeri Sarawak.
 
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustapa Ali meminta wartawan untuk merujuk kepada kenyataan awal Hadi mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS.
 
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesangsiannya mengenai keikhlasan Umno untuk mengikut syariat Islam dalam membangunkan Malaysia. 
 
"Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu lalu menolak kerjasama politik di antara dua parti berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan.  
 
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempertikaikan keikhlasan tawaran Umno itu. 
 
"Dulu masa 5, 10 tahun lalu ketika Umno kuat, kenapa tidak pernah tawar apa-apa kepada PAS?” kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor itu dalam satu kenyataan.
 
Dalam kenyataannya pada Khamis lalu, Hadi berkata PAS "berlapang dada" dengan hasrat yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Razak namun menegaskan Umno perlu kembali kepada landasan Islam dalam mentadbir negara. 
 
Beliau juga berkata sebarang keputusan oleh PAS mengenai tawaran Najib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 
 
"PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam", kata Hadi.
 
“PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi,” kata Hadi dalam kenyataan itu.
 
Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 Najib berkata Umno menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.
 
 

6 ulasan:

mohd shahran berkata...

ucapan sang ulamak penipu :
PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam", kata Hadi.

Wira Raya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wira Raya berkata...

Jika TG Hadi tidak menipu, saya memohon kpd Allah agar memberikan balasan setimpal kpd kamu wahai mohd shahran kr kamu memfitnah TG HJ Hadi. Aamiin Ya Rabbi.

Wira Raya berkata...

Jika TG Hadi tidak menipu, saya memohon kpd Allah agar memberikan balasan setimpal kpd kamu wahai mohd shahran kr kamu memfitnah TG HJ Hadi. Aamiin Ya Rabbi.

Wira Raya berkata...

Jika TG Hadi tidak menipu kpd Allah memberikan balasan setimpal kpd kamu wahai mohd shahran kr kamu memfitnah TG HJ Hadi. Aamiin Ya Rabbi.

Unknown berkata...

Jika TG Hadi menipu, kenapa tidak mohon kpd Allah memberikan balasan setimpal kpd TG HJ Hadi. Aamiin Ya Rabbi.