Selasa, 22 Disember 2015

Bekas suami bakar kereta direman 4 hari

 
Suspek menghadapi hukuman penjara 14 tahun jika didapati bersalah


pj_car_fire_polis_600


PETALING JAYA: Suspek kes kebakaran enam buah kereta berhampiran stesen LRT Taman Jaya pada Isnin kini ditahan reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berumur 20an itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

“Jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun,” kata Zani dalam satu kenyataan pada Selasa.

Media melaporkan suspek telah menyebabkan kebakaran itu semasa cuba mendekati teman lelaki bekas isterinya.

Suspek cuba membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke dalam kereta mangsa, dan melarikan diri apabila dikejar mangsa.

Tiada ulasan: