Sabtu, 19 Disember 2015

'Bekas MP Pas sokong perpaduan Umno-Pas'


Umno-Pas
Umno-Pas
 
 
KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Parlimen Pas, Datuk Taib Azamuddin Md  Taib  mengharapkan agar kesatuan politik‎ dapat dijalinkan antara Pas dan Umno.

Katanya, semua pihak perlu mengetepikan sejarah silam dan bergerak ke hadapan dalam usaha untuk membolehkan perpaduan ini berlaku.

"Kalau kita nak ambil kira cerita-cerita lama ini maka sudah tentunya tidak ada sesiapa pun yang sempurna.

"Sebagai orang Islam kita tidak boleh tidak berjumpa yang mana ia adalah merentasi ideologi seseorang itu.

"Islam tidak bawa kepada permusuhan sesama sendiri manakala politik pula hanyalah satu pendekatan yang digunakan sedangkan umat Islam hanya boleh menentang melibatkan aqidah, dasar dan prinsip," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel Grand Seasons hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu selongkar kisah silam Umno, Pas]

Polemik kerjasama politik antara Pas dan Umno kembali bergema selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucaptamanya di Perhimpunan Agung Umno 2015  minggu lalu menghulurkan tangan bagi menjalinkan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

‎Sementara semalam menyaksikan satu petanda positif dalam isu itu, selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib 'disatukan' dalam majlis perasmian Multaqa.

Ramai pemerhati melihat hubungan antara Pas dan Umno kini lebih harmonis berbanding suatu ketika dahulu.

Tiada ulasan: