Ahad, 20 Disember 2015

Batu Pahat, tempat lahirnya para radikal?



 Ali Markum bersama dengan potretnya semasa muda ketika ditemui di Batu Pahat, Johor. Dia memulakan berkecimpung dalam politik sebagai anggota Pemuda Umno selama 20 tahun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember 2015. 
Ali Markum bersama dengan potretnya semasa muda ketika ditemui di Batu Pahat, Johor. Dia memulakan berkecimpung dalam politik sebagai anggota Pemuda Umno selama 20 tahun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
 
Mesti ada sesuatu tentang Batu Pahat, Johor, tempat yang melahirkan ramai personaliti lantang dalam arena politik. Ada juga mengatakan ia tempat kelahiran radikalisme di Malaysia. Datuk Seri Onn Jaafar, Tony Pua, Teo Nie Ching dari DAP, Tan Sri Chua Soi Lek dan Dr Syed Husin Ali lahir atau dibesarkan di sini.

Ramai negarawan terdahulu dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kwan Yew juga bersekolah di sini.

Kerabat diraja turut menjadi sebutan, juga dengan sejarah mereka yang berwarna-warni yang dibuktikan dengan Putera Mahkota terkini. Rakyat Johor sememangnya bangsa yang sangat nasionalistik dan megah.

Muar dan Batu Pahat kelihatan bersih dan teratur, dengan rumah-rumah Melayu lama masih terpelihara baik, walaupun rakyat Johor juga kaya: kediaman besar, mewah tersergam di pinggir bandar kecil di sekitar Batu Pahat.

Penduduknya lemah lembut apabila berkata-kata dengan sifat kemelayuan.

Perbualan diakhiri frasa "...ekk" dalam percakapan harian rakyat Johor, dan wanita yang kami temui memakai baju kebaya sejak tahun 1960-an dan selendang, bukannya tudung.

Di sebalik semua keindahan asli Batu Pahat, bagaimanapun, ada sejarah pemberontakan dan radikalisme.

Bolehkah ini menerangkan keaktifan politik negeri dan penduduknya?

Bagaimanapun, penduduk Johor yang ditemui The Malaysian Insider menyimpan sejarah mereka dalam hati, sehingga sukar mencungkil kisah radikal daripada mereka.

Insiden Balai Polis Batu Pahat
 
Pada 16 Oktober 1980, lelaki berjubah putih disyaki pengikut kumpulan agama, menyerang Balai Polis Batu Pahat.

Mereka adalah pengikut yang kemudian dianggap sebagai ajaran sesat diketuai Ahmad Nasir Ismail yang mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi, memimpin umat Islam sebelum hari kiamat dan membersihkan dunia daripada segala kejahatan.

Kumpulan itu tinggal di Bukit Payung dan mengamalkan upacara keagamaan, silat dan percaya mereka adalah kebal.

Saksi Rohayah Rawi baru sahaja mula bekerja sebagai kerani di balai polis itu. Baru sahaja berkahwin pada ketika itu menceritakan hari serangan adalah hari yang mengubah hidupnya selama-lamanya.

"Saya tidak tahu apa itu yang membuat orang berfikir Johor adalah tapak radikalisme dan sama ada negeri melahirkan radikal.

"Apa yang saya rasa adalah Johor sentiasa menarik orang luar menetap di sini. Kami mempunyai keturunan Banjar, Jawa, China, semua orang yang agak gopoh, dan mungkin sangat aktif dalam komuniti mereka di kampung halaman dan apabila datang ke sini, mereka membawanya bersama (jenis aktivisme)."

Beliau juga berkata Johor menarik ramai ulama atau bomoh. Pada masa ini ada seorang yang dikenali sebagai Ustaz Salam, seorang warga Indonesia, yang dikatakan penipu dan ditangkap memancing semasa solat Jumaat.

"Kenapalah orang Melayu ni cepat terpengaruh?" soalnya.

Pengaruh asing
 
Orang Banjar, Bugis dan Jawa yang menetap di Johor mempunyai reputasi gerakan memberontak yang berhasrat memperoleh zaman keemasan dan terkenal dengan sikap suka berperang.

Kumpulan orang asing seperti ini adalah yang pertama menentang kumpulan dikawal komunis Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) di kawasan itu.

Ahli sejarah dan akademik Cheah Boon Kheng, menulis di dalam bukunya “Red Star Over Malaya” tentang perjuangan yang dihadapi rakyat Malaya di Batu Pahat.

Pada 1945, pertembungan antara kaum meletus di antara orang Melayu, yang melibatkan kumpulan anti-penjajah dipanggil tarekat Qadirriyah dan MPAJA.

Apa yang kelihatan seperti cara terbaik membuang penjajah dan Jepun di Malaya – satu pakatan di antara orang Melayu dan MPAJA – berakhir dengan pertumpahan darah.

"Kelakuan menyakitkan hati orang Cina dalam MPAJA dikatakan banyak berlaku," tulis Cheah.

Mereka mengenakan cukai membebankan dan dilaporkan menghina dan meremehkan penduduk kampung Melayu dan Cina.

Wanita dipaksa bekerja di dapur MPAJA dan dicabul. MPAJA juga dikatakan menyembelih babi di masjid-masjid, dan Melayu yang disyaki menjadi pengkhianat dibunuh tanpa bicara.

Cukup cukuplah, kata Kiyai Salleh dan ahli-ahli tarekat, yang terkenal di kalangan orang Melayu kerana kuasa ghaib yang kononnya dimiliki.

Kiyai Salleh, sufi atau mistik yang diakui kumpulan, dilihat sebagai orang yang boleh menggunakan kuasa ghaib untuk perjuangan Islam.

Beliau pemilik ilmu batin, ghaib, seni mempertahankan diri dan ilmu kebal.

Kiyai Salleh menjadi terkenal apabila berjaya membawa penentang Melayu menyerang MPAJA.

Menariknya, menurut penduduk tempatan, kehebatan Kiyai sebenarnya adalah daripada isterinya yang kuat semangat, Hajah Esah Abdul Rashid.

Hanya apabila beliau sedang berperang atau merancang sesuatu dengan kumpulan pejuang sahaja Kiyai Salleh bertindak sendiri.

Radikalisme atau nasionalisme?
 
Lemah, uzur tetapi masih bersemangat, Ali Markom, 71, merupakan bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Seri Gading, dan bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Beliau melihat dirinya sebagai aktivis radikal.

Memulakan kehidupan politik sebagai ahli Pemuda Umno selama 20 tahun.

"Ia adalah satu masa apabila ia adalah betul, dan rasa bagus berada di dalam politik. Ada juga lelaki seperti Cikgu Harun Silat, yang merupakan jaguh kepada orang kampung. Terdapat ramai guru dalam Umno, yang membawanya ke hadapan.”

Kini, katanya politik adalah mengenai kuasa ekonomi dan bukannya rakyat. Apabila ditanya sama ada radikalisme sememang ada dalam diri rakyat Johor, beliau tersenyum.

"Mungkin perkataannya bukanlah radikalisme. Nasionalisme."

Syed Hamid Ali, pesara sosialis dan adik kepada Dr. Syed Husin Ali, bekas timbalan presiden PKR, ialah seorang yang optimis dan sederhana.

Beliau melalui kehidupan berwarna-warni seperti abangnya, tetapi dengan cara yang lebih sederhana, walaupun masuk hutan selama kira-kira 20 tahun, ia tidak boleh dianggap biasa.

Syed Hamid Ali menafikan Johor sebagai tempat lahirnya golongan radikal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015. 
Syed Hamid Ali menafikan Johor sebagai tempat lahirnya golongan radikal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
"Jika anda ingin mengetahui kisah sebenar, anda sepatutnya bercakap dengan isteri saya. Tetapi hanya jika dia mahu memberitahu anda, dan mempercayai anda. Saya tiada ada apa-apa lagi untuk diperkatakan." 
 
Beliau adalah seorang aktivis pelajar di Universiti Malaya, apabila mahasiswa bangkit pada 1960-an dan awal 1970-an.

Syed Hamid merupakan setiausaha agung bagi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1967-1969, sebelum dipilih sebagai presiden bagi penggal 1969-1970.

Pada 1970-an, Syed Hamid menjadi setiausaha agung Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Apabila bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman menuduhnya sebagai komunis, Syed Hamid menyembunyikan diri dan seterusnya menyertai pergerakan bawah tanah bagi mengelakkan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun dengan senang hati menceritakan hari-hari semasa beliau masih seorang aktivis pelajar, beliau mendapati ia aneh apabila Johor boleh dianggap tempat kelahiran radikalisme.

"Sejarah dibuat oleh manusia. Apa yang ditulis dalam buku-buku, mereka bukan orang hebat. Tetapi di mana orang-orang yang cemerlang seperti Dr MK Rajakumar daripada Parti Sosialis Malaya?

“Bagi saya beliau seorang lelaki hebat yang merupakan seorang intelektual dan doktor. Kenapa dia tidak ada? Tetapi akhirnya, orang akan menulis apa yang mereka mahu. "

"Tetapi radikal? Adakah ada di Johor," kata beliau. "Saya tidak tahu jika ia ada.
 


Tiada ulasan: