Isnin, 7 Disember 2015

Bajet Pusat untuk Sarawak kecil- Adenan Satem

 
Menurut Ketua Menteri, bajet yang diperuntukan juga tidak mencukupi bagi memastikan pembangunan di negeri itu tidak terkebelakang.


Putrajaya,-Adenan-Satem,-Sarawak


PETALING JAYA: Bajet 2016 yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak dikatakan kecil dan tidak mencukupi.

Perkara itu ditimbulkan sendiri Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ketika membentangkan Bajet 2016 Negeri Sarawak di Kuching.

“Peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 tidak mencukupi. Tidak cukup,” dakwa beliau sebagaimana dipetik daripada Mstar Online.

Dalam ucapannya, beliau membandingkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dengan negeri itu.

“Negeri ini memerlukan pertolongan sebenar Kerajaan Persekutuan dalam memberikan lebih banyak peruntukan untuk membolehkan kita mengejar mereka. Sarawak tidak sepatutnya ketinggalan di belakang,” katanya.

Pada pembentangan bajet kali ini, Adenan yang juga Menteri Kewangan Sarawak memaklumkan kerajaan negeri memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM5.97 bilion di mana 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

Katanya, pada bajet tahun hadapan ia berasaskan pembangunan dan luar bandar dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri itu.

Dalam usaha mencapai objektif berterusan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, Adenan berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar.

“Ini adalah lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan tahun lepas atau RM2.19 bilion pada 2014,” katanya ketika pembentangan itu.

Tiada ulasan: