Isnin, 21 Disember 2015

Atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping

THE MALAYSIAN INSIDER



Persekutuan Bina Badan Malaysia hari ini mengesahkan atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.Persekutuan Bina Badan Malaysia hari ini mengesahkan atlet bina badan Sazali Samad didapati positif doping. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jaguh bina badan negara, Sazali Samad perlu tampil memberi penjelasan sama ada beliau mengambil bahan larangan secara sengaja atau sebaliknya sehingga menyebabkannya gagal dalam ujian doping. 
 
 Gesaan itu dibuat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang turut menunggu keputusan rasmi Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) berhubung isu doping pemenang 10 kali gelaran Mr Universe itu.

"Apa yang dilihat kebanyakan kes doping berlaku kerana kecuaian atlet dan mereka perlu bertanggungjawab atas perkara itu," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Transformasi Sukan Kedah hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Exco Belia dan Sukan Kedah Aminuddin Omar yang disertai 38 persatuan sukan di negeri ini bagi membolehkan mereka menyediakan atlet berkualiti tinggi pada masa depan. 
 
Sazali dikatakan gagal dalam ujian doping yang dilakukan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas sebelum kontinjen negara berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Bina Badan Asia ke-49.

Setakat ini, MSN sudah menggantung keistimewaan yang diterima Sazali sebagai atlet termasuk sekatan elaun latihan, logistik, makanan, pembiayaan pertandingan, jurulatih, makanan tambahan, perkhidmatan sokongan kepakaran sains dan perubatan sukan.

Menurut Shapawi semua atlet diberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai suplemen yang dilarang kerana memiliki bahan terlarang, sekali gus boleh menyebabkan gagal dalam ujian doping.

"Apa sahaja produk baharu yang diperkenalkan atau diberikan kepada mereka perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) terlebih dahulu bagi membuktikan tiada bahan terlarang.

"Kita nasihatkan atlet mengenai perkara itu. Jika mereka cuai atau sengaja mengambilnya, mereka perlu bertanggungjawab atas perkara itu," katanya. – Bernama,


Tiada ulasan: