Jumaat, 4 Disember 2015

Akta baru MKN jadikan Malaysia negara polis

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR-  Pakatan Harapan membantah sekerasnya Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang akan dibentang dan diluluskan di parlimen hari ini.

polis-ganasAhli Parlimen Puchong Gobind Singh menyifatkan kerajaan tidak bertanggungjawab apabila tegesa-gesa membentangkan rang undang-undang ini berikutan pembangkang hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut dua hari lalu.

Jelasnya, mereka sepatutnya diberi masa yang cukup untuk meneliti usul ini terlebih dahulu sebelum diluluskan menjadi undang-undang.

“Ini adalah yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil untuk kerajaan lemparkan usul ini kepada kita dan mohon kita bahaskan pada hari akhir parlimen.

“Usul ini patut disemak dengan teliti dan perlu diterangkan secara jelas dan kita perlu pastikan ia tiada penyalahgunaan kuasa. Tidak perlu tergesa-gesa dan boleh dibuat pada parlimen akan datang,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Dalam pada masa sama, Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsieu Leung mempersoalkan keikhlasan kerajaan membentangkang usul ini sebelum penerangan dilakukan.

Malah katanya lagi, sekiranya diiluluskan usul ini di parlimen, ia akan mengakibatkan ‘hukuman gantung’ kepada demokrasi negara.

“Kerajaan sepatutnya perlu memberi penerangan kepada orang awam sebelum nak laksanakan usul yang dia cadangkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang tersebut atau membatalkannya.

“Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk berbahas),” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

“Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi. Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas” katanya.

“Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Akta baru itu hanya dibentangkan Selasa lalu memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai ‘kawasan keselamatan’ dan pasukan keselamatan boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita tempat itu tanpa waran.

Tiada ulasan: