Jumaat, 11 Disember 2015

Ahli masih soal isu RM2.6b, Muhyiddin

Shakira Buang dan Yap Jia Hee


 


Selepas Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan tidak boleh sesekali mengalah walaupun dipalit kontroversi RM2.6 bilion, ketegasan itu disambut dengan reaksi pelbagai oleh ahli Umno.

Malah, tidak semua perwakilan yang mendengar ucapan bersemangat Presiden Umno menerima baik penjelasan tersebut.

Di sebalik penjelasan Najib, kata mereka, ada beberapa isu asas yang masih boleh dipertikaikan.

Perwakilan dari Perak yang enggan namanya didedahkan mendakwa, penjelasan penuh berhubung penderma dan maklumat teperinci mengenai individu yang amat bermurah hati itu masih kabur.

“Secara peribadi saya rasa penjelasan itu tidak jelas sampai habis.

“Maksudnya, siapa (penderma), maklumat terperinci (mengenai penderma) - semua rakyat nak tahu semua terutamanya dalam keadaan politik sekarang apabila pembangkang terus menerus menyerang Umno.

"Kita kena telus untuk meyakinkan rakyat dan ahli parti perlu membuat kerja di peringkat akar umbi," katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib memasukkan dana derma itu ke akaun persendirian.

"Isu paling besar pada saya ialah, kenapa masuk ke akaun peribadi dan tidak disebut dalam penyata kewangan parti?" katanya.

Semua parti terima dana

Kecelaruan itu, kata beliau, boleh menyebabkan integriti parti dipertikaikan orang ramai.

Perwakilan Cheras, Zainal Abidin Abdul Hamid pula berkata apa yang dinyatakan presiden parti itu semalam tidak diterima semua perwakilan.

"Terlalu ramai bercakap tentang wang derma dari Timur Tengah ini dan kami pun tak pasti apa yang dinyatakan itu benar atau tidak.

"Perkara ini pun tak cukup jelas kepada perwakilan. Apa yang dinyatakan semalam pun lebih kepada pilihan raya umum ke-14," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun mengenai integriti, Zainal berkata ia tidak timbul kerana semua parti politik menerima dana masing-masing walaupun mengakui ada aspek kekaburan padanya.

Sementara itu sebahagian pewakilan lain menerima baik dan meyakini apa yang dinyatakan Najib.

Perwakilan Rembau, Abu Bakar Ghalam berkata kebenaran berhubung isu wang derma itu akan terbukti tidak lama lagi.

“Daripada mood perwakilan semalam, selepas ucapan dasar presiden rata-rata dapat menerima apa yang diberitahu dan kita yakin presiden berada di pihak yang benar.

SebagI orang Umno, terima .

Malah, Abu Bakar berkata perwakilan Umno tidak berniat untuk menyiasat lebih daripada apa yang dinyatakan Najib.

“Kebenaran akan terbukti tidak lama lagi, insya-Allah,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi perwakilan Perak, Zainul Samad.

Kata Zainul, ahli parti berpendapat ucapan Najib cukup untuk menjelaskan keadaan.

“Bagi orang Umno ia cukup jelas itu dana politik. Parti pembangkang juga ada dana politik dan tiada siapa dapat mempersoalkan dana politik tersebut.

“Kita sebagai orang Umno, kita terima,” Kata Zainul.

Mengenai integriti parti, Zainul berkata, semasa zaman pemerintahan Islam pun kerajaan menerima dana dan hasil rampasan perang.

"Inikan pula orang nak derma kepada kita, kenapa perlu timbulkan soal integriti?" katanya.

Berikut adalah komen lain mengenai PAU kali ini:

"Suasana kali ini nampak ada sikit berbeza, mungkin disebabkan presiden dan timbalan presiden ada masalah dalaman. Tapi saya rasa OK sebab ia antara orang nombor satu dengan dua.

"Mungkin esok hari terakhir persidangan akan ada kejutan. Saya pun tak tahu, mungkin mereka berbaik kembali. Sebagai ahli Umno, saya lihat kali ini suasana yg sukar untuk Umno.
Cuma kita mohon agar semua masalah dalaman diselesaikan" - Hisham Abd Hamid (gambar), Ketua Pemuda Umno Balik Pulau mengulas suasana PAU 2015.

“Tidak, itu bukan cara untuk menyekat suara Muhyiddin. Sebenarnya apa yang dilakukan Muhyiddin tidak mengunakan saluran parti. Sepatutnya dia tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir. Dia kena ikut pucuk pimpinan.

“Sebagai timbalan presiden seperti ucapan Najib beliau sepatutnya membantu tugas-tugas presiden dan dia kena setia kepada presiden" - Zainul Samad (Perak) mengulas larangan terhadap Muhyiddin.

"Presiden Umno menegur Muhyiddin dan Mohd Shafie dengan mengingatkan tugas mereka dalam Umno ialah tidak boleh melanggar peraturan parti.

"Cuma mood kita hari ini ialah, kita kena move forward. Semalam ada perwakilan cakap pasal perbalahan, kita cakap, tak nak dengarlah. Cukuplah, berhenti. Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke depan" - Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, (gambar) Ketua Penerangan Umno Terengganu mengenai kemelut dalaman parti.

"Secara keseluruhan, presiden bertanggungjawab untuk buat penggulungan. Muhyiddin sebagai timbalan presiden boleh memberi input kepada presiden tentang apa yang ingin disampaikan.

"Dulu Muhyiddin dibenarkan menggulung perbahasan hanya tradisi tetapi tradisi boleh berubah" - Khairul Mat Lor (Naib Ketua Bahagian Alor Setar) mengenai tindakan Umno melarang Muhyiddin menggulung perbahasan.

Tiada ulasan: