Jumaat, 4 Disember 2015

4 ahli Hizbut Tahrir ditangkap Jais selepas sidang media

 
Tangkapan itu disebabkan mereka telah melakukan kesalah di bawah Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Nombor Sembilan Tahun 1999 kerana mempertikai fatwa mufti.





PETALING JAYA : Empat orang ahli Hizbut Tahrir pada Jumaat ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas mengadakan sidang media.

Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata, tangkapan yang dilakukan itu adalah kerana empat orang terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Nombor Sembilan Tahun 1999 kerana mempertikai fatwa mufti.

“Hizbut Tahrir ini telah diwartakan haram kerana telah bercanggah dengan ajaran Islam dan dia (empat orang) itu membuat sidang media mempertikaikan fatwa berkenaan.

“Dia juga mengatakan fatwa itu tak betul dan kita bertindak atas waran geledah serta mereka akan disiasat,” katanya kepada Free Malaysia Today pada Jumaat.

Haris berkata, empat orang terbabit dilepaskan dengan jaminan dua orang penjamin dan mereka diminta untuk hadir semula di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat pada Isnin.

Dalam pada itu, Haris turut menafikan bahawa pihaknya turut menangkap wartawan semasa sidang media itu.

Pada 25 November lalu, media melaporkan bahawa ajaran Hizbut Tahrir difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebagai ajaran sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman serta ajaran itu.

Katanya, Hizbut Tahrir adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

5 ulasan:

Anoynimous berkata...

Kutip zakat guna wang tunai selama ni tak sesat pulak sedangkan nabi suruh bayar zakat menggunakaa makanan ruji, begitu juga imam syagie yg menjadi idola mahzab syafie
nabi dan imamnya kata jangan bayar zakat dengan wang tunai tapi dia kutip juga secara tunai lepas tu declày bahawa dialah islam sejati phuiii

Hamba tuhan berkata...

"Fatwa" yg di keluarkan tu betol kaa....atau ada muslihat ..agenda ...

Hamba tuhan berkata...

Rokok di haramkan bokpe tak cekup jaa

Hamba tuhan berkata...

"Fatwa" yg di keluarkan tu betol kaa....atau ada muslihat ..agenda ...

Unknown berkata...

Rasulullah saw dulu bawa mazhab apa?

khalifah 4 bermazhab apa?

bukhari bermazhab apa?

syeik Abdul qadir jailani bermazhab apa?

Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.” [H.R. Bukhari]

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.” [H.R. Muslim]