Sabtu, 21 November 2015

TPM mahu rujuk pertemuan Izzah dengan Jacel Kiram ke Jabatan Peguam Negara

ANTARAPOS,COM


Post Pic

 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan akan merujuk kes Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuan kontroversinya dengan anak Jamalul Kiram II, Jacel H Kiram Hasan kepada Jabatan Peguam Negara.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap pertemuan itu sesuatu yang tidak dialu-alukan dan berkata ada beberapa tindakan lain yang dapat dilakukan Naib Presiden PKR itu.
 
"Polis akan mengendalikan kes ini dan akan menentukan bentuk tindakan yang akan diambil.
 
"Kerajaan akan mengemukakan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan pihak perundangan berkaitan kes ini," kata Ahmad Zahid pada sidang media di sini, hari ini.
 
Pertemuan Nurul Izzah bersama Jacel Kiram pada 9 November lepas diadakan di Filipina yang diatur oleh pihak berkuasa negara itu.
 
Dalam pertemuan itu Nurul Izzah dilihat bergambar bersama Jacel Kiram sambil memegang poster bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Gambar Nurul Izzah bersama dengan anak perempuan bekas Sultan Sulu itu tersebar di laman media sosial.
 
Pelbagai persoalan timbul mengapa Nurul Izzah bertemu dengan anak Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.
 
 

Tiada ulasan: