Jumaat, 27 November 2015

'Tanpa Pas jangan mimpi tawan Kedah balik'


Pas


PETALING JAYA - Pembangkang hanya bermimpi untuk kembali mentadbir Kedah sekiranya memutuskan hubungan dengan Pas.

Ketua AMK Kedah, Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, semua pihak perlu sedar realiti sebenar bahawa negeri itu didominasi parti Islam tersebut.

"Landskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama dengan negeri Terengganu, Pulau Pinang, Selangor.

"(Di Kedah) parti dominan adalah Pas. Kalau nak putus dgn Pas, jangan berangan nak memerintah Kedah.

Ini realiti di negeri saya," katanya ketika sesi perbahasan di Kongres Nasional AMK 2015, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan bahawa penyokong Pas begitu ramai di negeri itu.

"Kalau nak menang, nak perintah balik Kedah seperti sebelum ini, kita kena bersama. Tak boleh putus dengan Pas.

"Kalau putus dengan Pas... berapa ribu sekolah pondok di Kedah? Berapa banyak sekolah agama rakyat? Itu semua ahli-ahli Pas...pengundi-pengundi Pas.

"Kalau pilihan raya di Parlimen Alor Setar, sekiranya 4,000 sahaja ahli-ahli Pas tidak mengundi calon PKR, boleh menang? Tak boleh menang," katanya.

Beliau menegaskan PKR perlu realistik walaupun ditekan oleh parti sahabatnya sendiri.

"Sekarang ini, kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah tekan kita. Paksa kita putus dengan Pas. Paksa kita putus dengan DAP.

"Tak kan kita yang AMK ini takut? Kita kena berani. Sekarang ini DS dipenjara, kita pun takkanlah nak bergaduh sepanjang masa. Kita kena buang yang keruh ambil yang jernih," katanya.

Tiada ulasan: