Sabtu, 28 November 2015

“Saya akan pusing seluruh negara,” kata Hamidah


Hamidah Osman
Hamidah bersama kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ketika mengadakan pertemuan di Kelab Golf Kinrara, malam tadi.


PUCHONG – “Saya akan pusing seluruh negara... kita nak semua bangkit... saya yakin ramai di luar sana menyokong cuma tak berani ke depan,”demikian reaksi  bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia menganggap pemecatannya daripada Umno sebagai satu rahmat, tiada masalah baginya terkorban namun  jiwa dan hatinya tetap dalam parti itu.

“Takpelah...tak tahulah berapa ramai lagi nak dipecat..pecatlah..pecat semua...13 dipecat...300 lagi datang...300 dipecat...3,000 boleh datang...,”katanya ketika berucap di depan kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, di sini malam tadi.

Hamidah berkata, beliau sudah bersedia dipecat sebelum ini, tiada gunanya berada dalam Umno kerana tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan parti.

“Kapal kita dah hampir bocor, sekejap senget ke kiri... sekejap senget ke kanan.... tunggu tenggelam,, nakhoda saja yang yakin, yang belakang-belakang nakhoda pun dah goncang juga,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno parti politik berdisiplin bukan pasar ]

Beliau berkata, hanya mereka yang tidak mempunyai kepentingan terjun menyelamatkan diri.

Katanya, gerakan membabitkan ketua cawangan dan ahli cawangan itu akan bergerak secara maksimum sehingga Februari depan.

Beliau yakin dengan jumlah yang ramai, akan menimbulkan kegerunan pimpinan tertinggi parti terhadap gabungan tersebut.

“Sebelum ni saya ketua wanita bahagian, saya dipecat...so what???..what so big about ketua wanita bahagian...depe (mereka) bagi kita makan ke...selama ni Umno ke bagi kita makan? Rezeki ALLAH yang bagi...bukan Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) yang bagi,” katanya lagi.

Menurutnya, gerakan itu akan bergerak secara senyap dan terbuka bermatlamat menyelamatkan masa depan anak bangsa.

Meski bukan lagi ahli Umno, katanya, beliau tetap akan turun ke PWTC menjelang Persidangan Agung Umno.

“Apa ingat Umno bapa deme (mereka) punya ke...Umno adalah warisan dan perjuangan nenek moyang kita, jadi hak kita bukan depe punya,” katanya lagi disahut teriakan ahli gabungan yang hadir di Kelab Golf Kinrara, malam tadi.

Hamidah turut menegaskan kepada pucuk pimpinan supaya tidak melakukan penganiayaan dan memberitahu kehebatan doa orang dizalimi.

Beliau sebelum itu berkata, telah ditawar habuan oleh tiga ahli majlis tertinggi.

“Mereka nak beri duit.. jawatan... projek.., memang itu cara mereka, saya tak mahu jadi pengkhianat, apa yang penting kena letakkan kepentingan parti dan anak dan cucu lebih dulu,” katanya.


Tiada ulasan: