Khamis, 5 November 2015

Rakyat Malaysia terkandas di Lombok


Rakyat Malaysia terkandas di Lombok
Fareeza (kanan) bersama keluarganya sedang menunggu bas.


LOMBOK - INDONESIA. Rakyat Malaysia yang berada di Lombok terkandas akibat letusan gunung berapi di Gunung Rinjani, Isnin lalu.

Fareeza Zaini, 26, berkata dia bersama keluarganya datang ke Lombok untuk bercuti.

"Kita mengetahui kejadian ini setelah menonton berita.

"Berita itu turut memaklumkan penerbangan pulang ke beberapa destinasi termasuk tanah air terpaksa di tunda sehingga Selasa ini," katanya.

Menurutnya, dia bersama keluarga terpaksa pergi ke Surabaya untuk mengambil penerbangan ke Malaysia.

"Saya dimaklumkan perjalanan ke sana perlu menaiki bas dan teksi manakala tempoh perjalanan kira-kira 12 jam," katanya.

Sementara itu, seorang pembantu pelancong yang enggan dikenali berkata, satu keluarga dari Kelantan terpaksa tinggal buat sementara waktu di rumah penduduk tempatan.

"Keluarga itu kehabisan wang, mereka terpaksa tidur di rumah penduduk tempatan," katanya.


Tiada ulasan: