Ahad, 1 November 2015

PM: Yang penting setia bukan saiz parti komponen BN

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saiz sesebuah parti yang menjadi rakan kongsi dalam BN bukan keutamaan sebaliknya yang lebih penting ialah kesetiaan dan komitmen parti-parti komponen terhadap BN.

Perdana Menteri berkata atas prinsip berkenaan yang dipegang BN selama ini, membolehkan BN terus berkuasa sehingga Malaysia mampu mengharungi apa juga dugaan sama ada dalam masa susah dan senang.

"Saya sebagai Pengerusi BN bukanlah (melihat sangat) pada saiz (parti). Bagi saya saiz tidak penting, apa yang penting ialah kesetiaan dan komitmen anda. Di atas prinsip inilah negara kita mengorak langkah ke hadapan. Kita telah berjaya sama ada dalam keadaan yang memberangsangkan atau dalam keadaan yang mencengkam.

"Tetapi BN terus membuktikan bahawa inilah parti di mana rakyat boleh bergantung harap, melindungi kepentingan semua kaum, tidak kira kumpulan etnik ataupun agama. Payung BN bersifat inklusif dan komprehensif," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, Najib meminta kesemua 13 parti yang bergabung dalam BN agar terus mempertahankan prinsip berkenaan yang menuntut semua komponen berinteraksi untuk mencari pemuafakatan dan persefahaman serta bekerjasama bagi mencapai objektif utama BN iaitu menubuhkan kerajaan yang kuat.

Katanya dalam berhadapan apa-apa isu atau permasalahan, semua komponen BN perlu menentukan bahawa mereka tidak lari daripada objektif utama penubuhan gabungan itu kerana tidak ada pertimbangan lebih besar dan penting selain daripada membentuk kerajaan BN yang kuat.

"Pertimbangan dari segi kepentingan yang terlalu sempit, pertimbangan yang bersifat parokial, pertimbangan yang bersifat terlalu melihat ke dalam diri, sehingga menjejaskan kepentingan utama, kita perlu ketepikan kerana kalau kita tidak ada kuasa politik, tidak ada apa yang bermakna sama sekali bagi kita.

"Lebih baik kalau kita terpaksa berkorban sedikit asalkan kuasa itu di dalam tangan parti BN. Jadi kalau kita ada kuasa, maka perjuangan boleh diteruskan walaupun kita tak mungkin dapat semua yang kita kehendaki," katanya.

Najib mengakui bahawa masih ada permintaan daripada parti-parti komponen BN yang belum dipenuhi namun percaya semua anggota BN berhadapan situasi yang sama dan ruang untuk mempertimbangkan permintaan parti-parti komponen berkenaan tetap ada dan boleh dilakukan dalam semangat kekeluargaan BN.

"Saya sebagai Pengerusi BN berpegang pada prinsip bahawa saya perlu adil kepada semua parti komponen BN dan berlaku adil kepada semua kaum, termasuk suku kaum di bandar, di luar bandar, miskin ataupun mempunyai kemampuan atau sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera atau Bumiputera bukan Islam walaupun kumpulan minoriti," tegas Najib.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan membuat keputusan menghapuskan ruang 'lain-lain' dalam borang rasmi kerajaan kerana kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak menyenangi mereka dikategorikan sebagai 'lain-lain' dalam borang berkenaan.

Mengenai kebimbangan penganut agama Kristian di Sabah mengenai penukaran agama ke agama lain, Najib menjelaskan dari segi kerajaan tidak ada dasar atau polisi yang boleh memaksa sesiapapun untuk menganut agama Islam dan Islam sendiri tidak memaksa orang lain untuk menganut agama berkenaan.

"Dan kita dari segi kerajaan, kita pegang prinsip tidak ada paksaan dalam Islam. Dalam Islam sendiri ada ayat yang mengatakan 'Tidak ada paksaan Islam. Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku'. Ini bererti tiada paksaan dalam Islam.

"Ya, kalau dia nak memeluk Islam, tetapi tidak ada paksaan dalam Islam," tegas Najib.

Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berpegang kepada prinsip berkenaan dan sekiranya berlaku unsur paksaan untuk menganut Islam, itu bukan dasar kerajaan sebaliknya atas perlakuan individu tertentu dan pihak berkenaan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa.

1 ulasan:

Ibu.Karina Safah berkata...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih